Event Date | 26-09-2024 |
26 September 2024, Kuala Lumpur - Jabatan Muzium Malaysia (JMM) melalui Bahagian Penyelidikan dan Dokumentasi telah menganjurkan Forum Kurator Perdana yang disempurnakan oleh YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara bertempat di Auditorium Jabatan Muzium Malaysia.
Muzium Untuk Penyelidikan dan Pendidikan menjadi tema yang diangkat bagi forum yang dianjurkan pada kali ini dengan memberikan fokus kepada aspek inovasi. Dapatan yang dikongsikan oleh para panel dalam forum ini membolehkan muzium-muzium memahami dengan lebih mendalam tentang isu-isu semasa, trend dan cabaran dalam konteks pengembangan muzium sebagai pusat pembelajaran.