SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
| 
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Hari Keluarga Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Tahun 2025

Hari Keluarga Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Tahun 2025

Event Information

Event Date 19-10-2025
IMG 20251021 WA0249

19 Oktober 2025, Putrajaya - Hari Keluarga Kementerian Perpaduan Negara (KPN) Tahun 2025 telah berjaya diadakan pada 19 Oktober 2025 (Ahad) bertempat di Anjung Floria, Presint 4, Putrajaya. Program ini merupakan salah satu inisiatif tahunan kementerian yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kekeluargaan dalam kalangan warga kerja KPN serta ahli keluarga mereka.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Dalam ucapan beliau, YBhg. Dato' Haslina menekankan kepentingan keharmonian dan semangat perpaduan bukan sahaja dalam komuniti, malah juga dalam organisasi. Beliau turut menyatakan bahawa program seperti Hari Keluarga mampu menjadi platform terbaik untuk memupuk budaya kerja berpasukan, saling menghormati dan saling mengenali antara satu sama lain di luar waktu kerja rasmi.

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun sepanjang program berlangsung, antaranya termasuk sukaneka keluarga, pertandingan mewarna kanak-kanak, cabutan bertuah, gerai makanan, serta permainan interaktif yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Program ini juga menjadi wadah untuk menghargai usaha dan sumbangan para pegawai serta kakitangan kementerian dalam melaksanakan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi. Diharapkan penganjuran Hari Keluarga ini akan diteruskan pada masa akan datang sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan warga kerja KPN.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In