Event Date | 14-06-2024 |
14 Jun 2024, Putrajaya - Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam telah mengukir sejarahnya yang tersendiri pada hari ini apabila berjaya menghimpunkan kira-kira 10,000 pegawai awam termasuk Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB). Majlis perhimpunan ini telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri sebagai tanda sokongan padu terhadap inisiatif ini.
Bertemakan "H.E.M.A.T: Menyantuni Hasrat, Membina Citra", himpunan AKRAB kali ini berfokuskan kepada membudayakan tiga (3) prinsip dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pegawai awam iaitu MEMUDAHKAN (Facilitate) urusan pemegang taruh dan pelanggan, MENYESUAIKAN (Accommodate) cara kerja selari dengan agenda kerajaan dan MENYEGERAKAN (Accelerate) pelaksanaan segala keputusan kerajaan selaras dengan nilai-nilai H.E.M.A.T. iaitu Hijrah Tata Kelola, Empati Rakyat, Minda Pekin, Apresiasi Inovasi dan Telus Tadbiran.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.