SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Inisiatif Baharu Untuk Anak Sarawak Diumumkan oleh YAB Premier Sarawak

Inisiatif Baharu Untuk Anak Sarawak Diumumkan oleh YAB Premier Sarawak

Event Information

Event Date 25-10-2025
IMG 20251027 WA0006

25 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YAB Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, telah mengumumkan beberapa inisiatif penting untuk manfaat rakyat Sarawak, khususnya golongan muda, semasa Sarawak Agenda Townhall bersempena program Lan Berambeh Anak Sarawak (LBAS) di Kuala Lumpur.Turut hadir, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.

Antara pengumuman utama ialah:

✅ Kompleks Sarawak di Kuala Lumpur

Kerajaan Sarawak akan membina sebuah kompleks serba lengkap di tengah-tengah ibu negara sebagai mercu tanda baharu dan pusat komuniti rakyat Sarawak di Semenanjung Malaysia.

✅ Bantuan Wang Saku Pelajar Sarawak

Bantuan wang saku sebanyak RM1,200 setahun kepada pelajar Sarawak akan diteruskan pada tahun hadapan, bagi meringankan beban kewangan dan menyokong pendidikan anak negeri.

✅ Kaedah Pembiayaan Pendidikan Baharu

Kerajaan Sarawak kini meneliti model baharu pembiayaan pendidikan tinggi bagi anak tempatan bertujuan mengelakkan beban hutang seperti sistem pinjaman sedia ada (contohnya PTPTN).

Langkah-langkah ini jelas mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh kebajikan rakyat serta membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi muda.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In