| Event Date | 19-01-2026 |
19 Januari 2026, Kuala Lumpur - Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Majlis Parlimen Kelima Belas telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Bangunan Parlimen hari ini.
Dalam Titah Diraja, Tuanku telah menzahirkan pelbagai aspek penting yang menjadi teras pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, termasuk aspek keselamatan negara, perpaduan nasional, tatakelola serta sistem pendidikan.
Berlandaskan visi dan misi kementerian, Kementerian Perpaduan Negara komited melipatgandakan inisiatif strategik bagi memperkukuh perpaduan demi keharmonian serta kemakmuran Negara Malaysia yang tercinta.
Turut hadir, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara