| Event Date | 31-07-2026 |
31 Julai 2026, Putrajaya - Ada darah yang tumpah agar Jalur Gemilang terus megah berkibar. Ada jiwa yang gugur agar rakyat Malaysia dapat hidup dalam keamanan, perpaduan dan kesejahteraan.
YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menghadiri Istiadat Perbarisan Sempena Sambutan Hari Pahlawan Negara 2026 di Dataran Pahlawan Negara sebagai tanda penghormatan kepada para wira yang telah mengorbankan jiwa dan raga demi tanah air tercinta.
Sempena Hari Pahlawan 2026, marilah kita menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan memelihara keharmonian yang diwariskan oleh para pahlawan.Perpaduan yang kita pertahankan hari ini adalah penghormatan paling bermakna buat mereka yang telah mempertaruhkan segalanya demi Malaysia.