| Event Date | 27-02-2026 |
27 Februari 2026, Selangor - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Jamuan Perpaduan sempena Tahun Baharu Cina & Majlis Buka Puasa bertempat di Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Menurut beliau, Fo Guang Shan Dong Zen Temple ini bukan sahaja berperanan sebagai tempat ibadat, malah muncul sebagai destinasi pelancongan terkenal yang menarik kehadiran pelawat dari dalam dan luar negara.
Penganjuran festival tersebut berjaya menghubungkan komuniti setempat melalui warisan budaya, sekali gus memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Inilah contoh terbaik bagaimana rumah ibadat mampu menjadi pusat komuniti.