Event Date | 30-09-2025 |
30 September 2025, Sarawak – Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan kerjasama Pustaka Negeri Sarawak telah melancarkan Karnival Baca Perdana dan Pesta Buku Sarawak 2025, sebuah inisiatif penting yang bertujuan memupuk budaya membaca serta memperkukuh semangat perpaduan selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.
Karnival ini berlangsung dari 27 September hingga 5 Oktober 2025 di The Hills, Kuching, Sarawak dan telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar.
Program ini merupakan kesinambungan daripada penganjuran sulung Karnival Baca Perdana 2024 yang diadakan di Kuala Lumpur dan terbukti berjaya menarik minat masyarakat pelbagai lapisan melalui pendekatan edutainment iaitu gabungan pendidikan dan hiburan dalam memupuk budaya ilmu secara inklusif.