SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Kementerian Perpaduan Negara (KPN ) telah menerima penarafan “EMAS” dalam Naziran Pengurusan Aduan Awam 2025

Kementerian Perpaduan Negara (KPN ) telah menerima penarafan “EMAS” dalam Naziran Pengurusan Aduan Awam 2025

Event Information

Event Date 30-09-2025
IMG 20250930 WA0053

30 September 2025, Putrajaya - Kementerian Perpaduan Negara  (KPN ) telah menerima penarafan “EMAS” dalam Naziran Pengurusan Aduan Awam 2025 yang dilaksanakan oleh Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Perdana Menteri.

Pengiktirafan berprestij ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, diiringi Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam, YBhg. Datuk Akbar bin Haji Samon dan diterima oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara sempena Majlis Apresiasi Penarafan Pengurusan Aduan Awam 2025.

Kejayaan ini bukanlah lahir dalam sekelip mata, sebaliknya merupakan hasil daripada komitmen padu, dedikasi tanpa mengenal penat lelah serta usaha berterusan Unit Pengurusan Aduan KPN bersama-sama semua Jabatan dan Agensi di bawah seliaan KPN. Setiap langkah yang diambil menggambarkan kesungguhan warga KPN untuk memastikan pengurusan aduan awam dilaksanakan dengan penuh ketelitian, keberkesanan serta kecekapan, demi memberi keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat.

Dalam konteks ini, kejayaan yang dikecapi bukan sahaja mencerminkan keupayaan pengurusan aduan yang tersusun dan berintegriti, malah turut menzahirkan kesungguhan KPN untuk mendengar suara rakyat, menangani isu-isu yang dibangkitkan, serta mencari penyelesaian yang praktikal dan mesra rakyat. Hasil usaha bersama ini juga menunjukkan bahawa KPN sentiasa meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan, sejajar dengan aspirasi untuk membina perkhidmatan awam yang lebih responsif, inklusif, dan berdaya saing.

Sesungguhnya, pencapaian ini adalah bukti nyata bahawa kerjasama erat, sinergi dan rasa tanggungjawab kolektif di antara Unit Pengurusan Aduan dengan semua Jabatan dan Agensi di bawah KPN mampu menghasilkan impak yang positif dan berpanjangan kepada kesejahteraan masyarakat.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In