| Event Date | 29-07-2025 |
29 Julai 2025, Osaka - Kementerian Perpaduan Negara (KPN) telah menyertai Expo Osaka 2025 yang sedang berlangsung dari 28 Julai hingga 2 Ogos 2025. Penyertaan ini merupakan sebahagian daripada usaha KPN untuk memperkenalkan kepelbagaian budaya dan warisan Malaysia kepada masyarakat antarabangsa.
Sepanjang tempoh ekspo, pelbagai pameran menarik telah dipersembahkan di reruai KPN. Antaranya, Miniatur Rumah Kami yang memaparkan corak kehidupan masyarakat pelbagai kaum & Etnik utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Sabah, Sarawak dan Orang Asli.Pameran ini turut mempersembahkan Pameran Hiasan Kepala Simbol Perpaduan Dalam Kepelbagaian yang memperlihatkan keunikan hiasan kepala melibatkan tengkolok DiRaja dan Etnik. Pameran VR Hikayat Hang Tuah, satu pengalaman interaktif realiti maya yang membawa pengunjung menyelami kisah legenda pahlawan Melayu, Hang Tuah. Pameran Rumah Tradisional yang mengetengahkan reka bentuk dan struktur rumah-rumah tradisional Malaysia.
Pameran ini juga memaparkan dokumentari mengenai Malaysia Harmoni Dalam Kepelbagaian dan Koleksi Warisan Eksklusif Warqah Agung.
Pameran oleh Kementerian Perpaduan Negara telah mendapat sambutan luar biasa daripada pengunjung di Osaka pada Hari pertama dengan jumlah keseluruhan seramai 15,418 orang yang hadir.