Event Date | 19-06-2024 |
19 Jun 2024, Putrajaya - Kunjungan Hormat dari TYT Ragai Tawfiq Said Nasr, Duta Besar Republik Arab Mesir ke Malaysia.
Pertemuan dua mata ini adalah bertujuan membincangkan kerjasama antara Malaysia dan Mesir berhubung cadangan pameran oleh Arkib Negara Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia di The Global Egypt Museum.
YB Menteri Perpaduan Negara turut menyatakan komitmen Malaysia untuk terus menjalin hubungan baik dengan Mesir melalui program kerjasama dalam aspek pemeliharaan dan pemuliharaan warisan negara.