Event Date | 19-06-2025 |
19 Jun 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Encik Shahrir Zaman bin Abdul Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Profesional) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM).
Pertemuan ini telah membuka ruang perbincangan strategik berkenaan kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara dan AKM dalam usaha menerapkan semangat kenegaraan dalam kalangan anak muda pelbagai kaum.
Kementerian menyambut baik inisiatif yang dibawa oleh AKM dan akan memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaan program seperti Pantomim Kebangsaan serta penghasilan video-video pendek yang menyemarakkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara.
Kerjasama ini diharap dapat melahirkan generasi Malaysia MADANI yang berjiwa besar, berfikiran terbuka dan sentiasa menjunjung prinsip perpaduan dan kecintaan kepada tanah air.