| Event Date | 10-03-2026 |
10 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Balai Ikhtisas Malaysia (BIM) yang diketuai oleh Presidennya, YBhg. Prof. ChM Dr. Juan Joon Ching.
Pertemuan ini menjadi platform penting untuk bertukar pandangan mengenai peranan badan profesional dalam menyokong pembangunan negara, di samping memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan dan komuniti profesional.
Dalam konteks perpaduan nasional, penglibatan badan profesional amat signifikan dalam memupuk nilai kebersamaan, memperluas jaringan kerjasama serta menyokong agenda perpaduan melalui pendekatan yang inklusif dan diplomatik.
Kementerian Perpaduan Negara komited untuk terus memperkukuh sinergi dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan agenda perpaduan negara.