| Event Date | 10-03-2026 |
10 Mac 2026, Pahang - YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar telah menerima kunjungan hormat daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg.Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, di Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).
Sesi pertemuan strategik ini membincangkan kerjasama diplomatik antara Kerajaan Negeri Pahang dan Kementerian Perpaduan Negara sempena Sambutan Aidilfitri MADANI 2026 Peringkat Kebangsaan yang bakal diadakan di Pahang, selaras dengan usaha memperkukuh semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk selaras dengan agenda Malaysia MADANI.