| Event Date | 26-01-2026 |
26 Januari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YB Datuk Julita Mojungki, Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah yang baharu.
Perbincangan turut memfokuskan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sabah dalam konteks perpaduan rakyat, termasuk kerjasama dua hala dan persiapan Sambutan Minggu Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Sabah pada Jun ini.