| Event Date | 20-04-2026 |
20 April 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Profesor Madya Dr. Muhammet Ahmed Tokdemir, Pengarah State Archives of the Presidency of the Republic of Türkiye.
Pertemuan ini menunjukkan komitmen bersama untuk mengembangkan kerjasama teknikal dan profesional, selaras dengan usaha meningkatkan keupayaan institusi serta memperkasa pembangunan kepakaran dalam pelbagai bidang strategik serta memperluas kerjasama teknikal dan profesional antara Arkib Negara Malaysia (ANM) dan Directorate of State Archives of the Presidency of the Republic of Türkiye, susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) pada 25 Ogos 2025.
Usaha ini bukan sahaja memperkukuh keupayaan institusi kearkiban, malah menjadi benteng penting dalam memelihara khazanah warisan negara agar terus lestari merentas zaman. Ia berperanan sebagai bukti sahih kepada kegemilangan tamadun, keutuhan peradaban serta sejarah panjang hubungan diplomatik yang terjalin.