Event Date | 16-10-2024 |
16 Oktober 2024, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima Kunjungan Hormat daripada Think City di Bilik Mesyuarat Parlimen, Kuala Lumpur.
Sesi perbincangan pada hari ini memfokuskan kepada ikhtiar dalam memajukan pemeliharaan dan pembangunan tapak-tapak warisan serta sejarah khususnya di bawah naungan Jabatan Muzium Malaysia dan Arkib Negara Malaysia.