Kunjungan Hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Bin Mahbob, Pengerusi Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
9 Januari 2024, Putrajaya - Kunjungan Hormat daripada YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Dr. Sulaiman Bin Mahbob, Pengerusi Malaysian Investment Development Authority (MIDA) dan Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia (MASA) kepada YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Dato’ Hj. Che Roslan bin Che Daud, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi
Nasional.
Delegasi daripada Insititut Masa Depan Malaysia (MASA) yang turut hadir bersama-sama adalah YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Azizan Baharuddin, Pengarah Pusat Dialog Peradaban Universiti Malaya, merangkap Penyandang Kursi Kelestarian UKM-YSD dan Felo Kehormat MASA, YBrs. En. Azril Mohd Amin, Ketua Pegawai Eksekutif MASA dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), dan YBrs. Dr. Khalid Abdul Hamid, Ketua Bahagian Dasar & Penyelidikan MASA.
Pelbagai perbincangan secara holistik telah diadakan dalam pelaksanaan perancangan secara strategik antaranya menasionalisasikan dialog perpaduan negara.