| Event Date | 09-03-2026 |
9 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan pertemuan bersama kepimpinan International Entrepreneurs Chamber Malaysia (IECM) yang diketuai oleh Presidennya, YBrs Dr. Badariah binti Dato’ Haji Badaruddin bagi membincangkan potensi kerjasama strategik melibatkan program One Million Smiles Malaysia serta International ESG Global Competitiveness Future Summit 2026.
Kerjasama strategik seperti ini amat penting dalam memperkukuh jaringan antara sektor kerajaan dan komuniti keusahawanan antarabangsa, selaras dengan usaha memperkasakan agenda pembangunan negara yang berdaya saing, inklusif dan mampan.
Melalui sinergi ini kita dapat memperluas impak inisiatif berteraskan ESG, memperkasa ekosistem keusahawanan global serta terus memacu aspirasi Malaysia MADANI demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.