| Event Date | 18-09-2025 |
18 September 2025, Putrajaya – Sesi Kunjungan Hormat kepada YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara oleh YBrs. Puan Siti Hajar binti Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tun Razak.
Kementerian Perpaduan Negara ingin mengucapkan tahniah atas pelantikan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Tun Razak dan juga diharapkan dapat membuka lembaran baharu bagi memperluaskan jaringan kerjasama strategik bersama pelbagai pihak, sama ada di peringkat nasional mahupun antarabangsa, dalam memastikan misi Yayasan Tun Razak terus berkembang serta memberi manfaat kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.
Semoga dengan kepimpinan beliau akan terus memacu Yayasan ke arah kecemerlangan penyampaian perkhidmatan demi memenuhi aspirasi pembangunan negara.