Event Date | 06-09-2025 |
6 September 2025, Kedah – Sekitar hari terakhir Program MADANI Rakyat 2025, Negeri Kedah di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling.
YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) turut meluangkan masa mengunjungi reruai Kementerian Perpaduan Negara (KPN), menyantuni para petugas serta meninjau pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas daripada Jabatan & Agensi KPN yang telah memeriahkan reruai dengan pelbagai pengisian menarik dan perkhidmatan untuk masyarakat. Buat para pengunjung, kami amat menghargai kehadiran anda. Jumpa di lokasi seterusnya!