Event Date | 04-08-2024 |
Kursus Aspirasi Setiausaha Tahun 2024 bagi Setiausaha Pejabat telah dilaksanakan pada 2-4 Ogos 2024 bertempat di Impiana Hotel, Ipoh, Perak.
Kursus ini telah dihadiri oleh Setiausaha Pejabat di Kementerian Perpaduan Negara dan Jabatan di bawah Kementerian. Objektif kursus adalah untuk mendedahkan kepada peserta berkenaaan peranan, profesionalisme, menjaga imej dan penampilan diri serta mengetahui perkara yang perlu dilakukan sebagai seorang setiausaha pejabat.
YBrs. Puan Norihan binti Mohamed Naim, Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara telah hadir menyampaikan amanat dari perspektif Penyelia dan seterusnya merasmikan majlis penutupan kursus. Semoga semua peserta yang hadir lebih berpengetahuan, berkemahiran dan berketrampilan.