Event Date | 25-09-2024 |
25 September 2024, Putrajaya - DAP telah memilih Malaysia untuk ditandaaras pada kali ini bagi menyempurnakan Modul Inovasi Tadbir Urus dan Dasar Antarabangsa bagi Kelas Eksekutif Kanan di bawah Program Pembangunan Pengurusan Awam Filipina.
Antara objektif misi pembelajaran pada lawatan kali ini adalah mempelajari tentang sejarah, politik, ekonomi, masyarakat dan budaya Malaysia serta peranan Kementerian Perpaduan Negara dalam membangunkan dasar-dasar seperti Malaysia MADANI melalui konsep perpaduan dalam kepelbagaian.