Event Date | 12-06-2024 |
12 Jun 2024, Kuala Lumpur - Lawatan kerja Jawatankuasa Pilihan Khas Wanita, kanak- kanak dan Pembangunan masyarakat yang dipengerusikan oleh YB Yeoh Bee Yin Ahli Parlimen Puchong bersama YB Puan Hajah Rodziah Binti Ismail Ahli Parlimen Ampang dan YB Dato' Mumtaz Binti Md Nawi Ahli Parlimen Tumpat.
Lawatan ini bertujuan meninjau progres kerja pemuliharaan dan pemeliharaan Muzium Diraja Kuala Lumpur bagi membolehkan ia dibuka kepada pengunjung sebagai salah satu lokasi tarikan pelancong.
Kementerian Perpaduan Negara telah diwakili oleh YBrs. Tuan Sobri Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara, bersama Pegawai kanan daripada JKR Kuala Lumpur selaku Pegawai Penguasa Projek, Pegawai Jabatan Muzium Malaysia, wakil daripada Kementerian Kewangan, ICU JPM, Kementerian Ekonomi serta pegawai daripada Seksyen Pembangunan KPN.