SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | CONTACT BM| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Home Arrow Kalendar Aktiviti & Program Arrow Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi yang terletak di Kilim Karst Geoforest Park

Lawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi yang terletak di Kilim Karst Geoforest Park

Event Information

Event Date 21-11-2024
WhatsApp Image 2024 11 22 At 144456

21 November 2024, Kedah - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah berpeluang mengadakan lawatan ke Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi yang terletak di Kilim Karst Geoforest Park.

Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi bekerjasama dengan Yayasan Sukarelawan Siswa, satu agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara untuk melaksanakan Program Pembangunan Koperasi Melalui Pembangunan Modal Insan (Mentoring & Coaching) EPP: Eko-Pelancongan.

Program ini bertujuan untuk menggalakkan pemindahan pengetahuan, pengalaman, kepakaran oleh individu yang berpengalaman dalam industri kepada koperasi dan anggota koperasi bagi melaksana dan memantapkan perniagaan serta perusahaan yang diceburi oleh koperasi.

YSS berperanan sebagai jurulatih untuk membimbing koperasi mentor dan peserta-peserta yang telah dikenalpasti. Program ini akan mengambil masa selama 18 bulan dan akan dijalankan secara berperingkat bagi memastikan setiap peserta dapat dibimbing secara efektif. Selain daripada pendedahan teori, peserta turut dibantu dari segi pengurusan operasi dan pelaksanaan bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan pengetahuan yang telah dikongsi.

LATEST UPDATE :
CONTACT US
MINISTRY OF NATIONAL UNITY
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG CLOUD

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Voting
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Intranet Log In