Event Date | 14-07-2025 |
14 Julai 2025, Kuala Lumpur – Merafak Sembah dan Menjunjung Kasih.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis, telah berkenan berangkat ke Arkib Negara Malaysia bagi sesi lawatan khas.
Keberangkatan ini melambangkan sokongan dan penghargaan DYMM Tuanku terhadap usaha pemeliharaan khazanah sejarah negara serta peranan Arkib Negara Malaysia dalam memperkukuh warisan dokumentasi dan identiti kebangsaan.
Turut hadir, YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.