Event Date | 30-07-2025 |
30 Julai 2025, Kedah - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turun padang ke Muzium Padi Kedah hari ini bukan sekadar melihat artifak, tapi menyemai semangat perpaduan melalui warisan kita bersama.
Mari kita raikan budaya, sejarah dan nilai yang menyatukan kita semua.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Kamarul Baharin bin A. Kasim, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.