| Event Date | 31-10-2026 |
31 Oktober 2026, Perlis - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar Dan Perancangan Strategik Kementerian Perpaduan Negara telah merasmikan Liga Sukan UNITI (LSU) 2026 Peringkat Zon Selatan di Stadium Ngoca, Kuala Pilah. LSU bukan sekadar medan pertandingan, tetapi platform menyatukan anak muda daripada pelbagai latar belakang melalui semangat kesukanan, kerjasama dan persahabatan.
Bertemakan “Sukan Rakyat, Semangat UNITI”, keunikan penganjuran kali ini menggabungkan elemen sukan, warisan dan budaya menerusi pelbagai acara tradisional yang mencipta pengalaman serta detik kebersamaan yang bermakna.
Inilah semangat generasi muda yang kita mahukan berani menyahut cabaran, menghormati perbezaan dan teguh berdiri sebagai satu keluarga Malaysia. Kerana kemenangan sebenar bukan hanya pada kejuaraan yang diraih, tetapi pada persaudaraan yang terbina dan perpaduan yang terus diperkasa.