| Event Date | 14-01-2025 |
14 Januari 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyampaikan amanat beliau dalam Majlis Amanat Menteri Perpaduan Negara Tahun 2025.
Dalam amanatnya, beliau menyatakan bahawa Kementerian Perpaduan Negara melalui jabatan dan agensi dibawahnya telah berjaya melaksanakan sebanyak 730 program merangkumi 300 program berimpak tinggi yang berteraskan kepada kluster Semarak Kenegaraan, Semarak Perpaduan dan Komuniti Rahmah. Antara pencapaian utama yang telah dicapai ialah pelaksanaan Sambutan Minggu Perpaduan, Pemerkasaan Rukun Tetangga Progresif, Penghayatan Rukun Negara, Mediator Komuniti, Liga Sukan Uniti dan lain-lain.
Turut hadir,YB Senator Saraswathy Kandasami,Timbalan Menteri Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan dan Agensi.