Event Date | 30-08-2024 |
30 Ogos 2024, Putrajaya - Seramai 7,000 orang hadir ke Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 bersama-sama Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Majlis anjuran Kementerian Perpaduan Negara selaku kementerian peneraju dihadiri barisan Menteri Kabinet, penjawat awam, jentera- jentera perpaduan seperti Kawasan Rukun Tetangga (KRT), ahli Sekretariat Rukun Negara, ahli Kelab Rukun Negara, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), agensi swasta dan orang awam.
Perdana Menteri menyampaikan hasrat dan harapan kerajaan tentang peri penting menjiwai erti kemerdekaan serta terus menyemarakkan semangat patriotik bagi mengekalkan perpaduan rakyat, seiring dengan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.