Event Date | 10-09-2024 |
10 September 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Aspirasi Kepimpinan Ketua Setiausaha Negara Tahun 2024 'Reformasi Perkhidmatan Awam' bertempat di Dewan De' Seri Endon, PUSPANITAPURI, Putrajaya.
Semasa majlis tersebut, YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah memaklumkan 3 cabaran utama dalam Perkhidmatan Awam dan akan melaksanakan pembaharuan atau reformasi Perkhidmatan Awam 2024-2030.