Event Date | 04-02-2025 |
4 Februari 2025, Kuala Lumpur - YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis CDA BNM bersama Penduduk (B40) Jalan Petaling, Kuala Lumpur sempena Tahun Baharu Cina 2025 mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Turut hadir, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg.Dato’ Haji Che Roslan bin Che Daud Ketua Pengarah JPNIN serta Pengurusan Tertinggi JPNIN.
Program ini adalah Anjuran Civil Defence Auxiliary Better Nation Malaysia (CDA BNM), APM dengan Kerjasama Kawasan Rukun Tetanga (KRT) Petaling Street. Turut diadakan sesi walkabout di sekitar Jalan Petaling dan Penyampaian Sumbangan Limau Mandarin dan Ang Pau kepada penduduk dan pengunjung di sekitar Jalan Petaling.