Event Date | 21-01-2025 |
21 Januari 2025, Melaka - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Hi-Tea Bersama Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Sempena Pertandingan Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka 2024.
Majlis ini telah diadakan bagi menghargai jawatankuasa dan penaja yang telah bersama-sama menjayakan pertandingan ini. Pertandingan ini merupakan anjuran Kerajaan Negeri Melaka melalui Institut Tun Perak (ITP) dengan kerjasama Kementerian Perpaduan Negara (KPN). Pertandingan ini merupakan wadah untuk menghayati, mendalami, dan menzahirkan prinsip-prinsip Rukun Negara yang menjadi tiang seri kepada perpaduan dan keharmonian negara kita.
Penyampaian penghargaan kepada jawatankuasa dan penaja telah disampaikan oleh Tuan YangTerutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka dengan diiringi oleh Ketua Menteri Melaka. Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.