Event Date | 02-04-2024 |
2 April 2024, Putrajaya - Majlis Iftar Kementerian Perpaduan Negara 2024 telah berlangsung dengan jayanya pada 2 April 2024 bertempat di Dewan Maksak, Presint 14, Putrajaya.
Majlis iftar ini dimeriahkan dengan kehadiran YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi.