Event Date | 09-01-2025 |
9 Januari 2025, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir menyempurnakan Majlis Jom Santai Harmoni 2025 bertempat di Glamping@Wetland Putrajaya, Persiaran Persekutuan Presint 13.
Majlis ini diadakan bagi meraikan Penerbitan Rancangan Bersiri Podcast Bicara Harmoni 2024. Program podcast ini diterbitkan dengan hasrat menyampaikan mesej keharmonian melalui medium maya yang lebih terbuka luas capaiannya bukan sahaja di bandar malah di kampung dan seluruh pelusuk dunia.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa menyambut baik usaha-usaha dan peranan yang dimainkan pelbagai pihak sebagai rakan strategik bagi membantu membina tapak integrasi yang lebih kukuh melalui program-program yang telah dilaksanakan.
Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional dan serta barisan panel yang terlibat dalam Rancangan Bersiri Podcast termasuk pengacara terkenal, Amin Idris.