| Event Date | 25-10-2025 |
25 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara turut hadir bersama lebih 6,500 anak Sarawak dalam acara kemuncak Majlis Makan Malam LBAS 2025.
Majlis penuh gilang-gemilang ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, serta Premier Sarawak, Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg.
Kehadiran pimpinan tertinggi negeri ini mencerminkan sokongan padu terhadap usaha memperkukuh semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak.
Dengan semangat “Sarawak Maju Makmur”, rakyat terus berpadu tenaga mendukung visi Kerajaan Negeri untuk membina Sarawak yang progresif, inklusif dan berdaya saing di pentas nasional serta antarabangsa.