Event Date | 20-02-2024 |
20 Februari 2024, Melaka - Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka pada 20 Febuari 1956 di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir yang disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Semoga semangat perjuangan kemerdekaan nenek moyang kita 68 tahun yang lepas terus menjadi iktibar dan pegangan untuk memelihara kesejahteraan negara serta aspirasi untuk membawa tanahair tercinta ini ke satu tahap yang lagi tinggi.
Turut hadir, YB Senator Puan Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara.