Event Date | 12-11-2024 |
12 November 2024, Kuala Lumpur - DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berkenan menyempurnakan majlis pelancaran buku bertajuk Tun Abdul Razak: Imagining Malaysia's Future Through His Lenses, sebagai penghormatan kepada Perdana Menteri Kedua Allahyarham Tun Abdul Razak, yang juga digelar 'Bapa Pembangunan Malaysia'.
Turut hadir YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YB Senator Saraswathy Kandasami, Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara.