| Event Date | 25-04-2026 |
25 April 2026, Perak - YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Buku Ilmu Gastronomi Melayu: Puri Kencana terbitan Perpustakaan Negara Malaysia.
Penerbitan buku Ilmu Gastronomi Melayu: Puri Kencana ini bukan sekadar membicarakan mengenai makanan, tetapi turut menelusuri akar umbi sejarah dan falsafah di sebalik setiap hidangan tradisional. Penerbitan ini dijangka menjadi rujukan utama dalam usaha mempromosikan masakan warisan negara ke persada antarabangsa.
Dalam majlis yang sama, YB Tuan Yuneswaran Ramaraj turut menyempurnakan pelepasan Pitstop Konvoi Kembara Membina Negara Bangsa dan penyampaian sijil rakan strategik sebagai simbolik usaha memperkukuh semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Majlis turut diserikan dengan demonstrasi masakan oleh Chef Dr. Liza Zainol yang turut disertai oleh YB Tuan, memperlihatkan keakraban serta sokongan terhadap warisan gastronomi tempatan.