Event Date | 09-08-2024 |
9 Ogos 2024, Putrajaya - Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Kementerian Perpaduan Negara 2024 telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di lobi Utama Kementerian Perpaduan Negara.
Majlis telah diserikan dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh warga KPN dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) yang hadir pada pagi ini.
YB Datuk Aaron turut menyerahkan jalur gemilang kepada pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan & Agensi dibawah KPN dan juga SPP serta memasang jalur gemilang di kenderaan KPN sebagai simbolik menyemarakan bulan kebangsaan pada tahun ini.
Jom kibarkan jalur gemilang dan raikan bulan kebangsaan ini dengan penuh semangat dan dalam suasana yang harmoni.
MALAYSIA MADANI JIWA MERDEKA