| Event Date | 23-01-2026 |
23 Januari 2026, Kuala Lumpur - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mewakili YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara menyempurnakan Majlis Pelancaran Koleksi Digital British Colonial Office bertempat di Auditorium Pusat Pendokumentasian dan Pemuliharaan Bahan Audiovisual (PPPAV) Arkib Negara Malaysia.
Koleksi British Colonial Office merujuk kepada kumpulan rekod rasmi yang diwujudkan oleh Colonial Office iaitu jabatan kerajaan yang menguruskan pentadbiran tanah jajahan empayar British dari abad ke-19 hingga pertengahan abad ke-20. Koleksi ini berkaitan pentadbiran dan tadbir urus, hubungan antarabangsa, perubahan demografi dan kehidupan di negara tanah jajahan British.
Koleksi ini juga menyokong penyelidikan berimpak tinggi merentas bidang sejarah, sains sosial, undang-undang dan kajian wilayah serta memperkukuh pemahaman tentang pembentukan negara dan rantau.