| Event Date | 24-05-2026 |
24 Mei 2026, Sarawak - Inisiatif Program Kampung Angkat MADANI adalah usaha bersepadu untuk merapatkan jurang pembangunan antara bandar dan luar bandar dengan memberikan fokus kepada penambahbaikan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih, eletrik, jaringan jalan raya, peningkatan capaian digital, pemerkasaan komuniti serta pengukuhan sosioekonomi setempat.
YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Majlis Pelancaran Projek Kampung Angkat MADANI Batu Luking, Daerah Kanowit menegaskan bahawa pelaksanaan projek pembinaan Tangki Air Bersih amat penting kerana projek ini melibatkan keperluan asas rakyat dalam memastikan akses kepada bekalan air bersih yang mencukupi, stabil dan selamat.
“Bagi Projek Kampung Angkat MADANI di Batu Luking ini, sebanyak RM500,000 telah diperuntukkan bagi pelaksanaan beberapa komponen projek pembangunan yang memberi manfaat terus kepada penduduk setempat. Projek ini melibatkan tiga buah rumah panjang utama iaitu Rumah Bibi, Rumah Johnny dan Rumah Morris yang menjadi antara tumpuan utama pelaksanaan inisiatif pembangunan di kawasan ini” tambah beliau.