Event Date | 08-09-2025 |
8 September 2025, Putrajaya – Majlis Peluncuran dan Penyerahan Watikah Majlis Sejarawan Negara telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri bertempat di PICC.
Majlis Sejarawan Negara ialah sebuah entiti yang mengawal selia aspek kajian, rujukan sumber, penulisan, penerbitan, pendidikan sejarah serta advokasi berkaitan sejarah negara. Majlis ini turut berperanan dalam menjana pemikiran dan idea baharu untuk memantapkan pendidikan sejarah negara yang inklusif selaras dengan identiti Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum serta mengesyorkan pemerkasaan penggunaan sumber sejarah yang berautoriti dan berintegriti dalam penulisan sejarah negara.