Event Date | 24-04-2025 |
24 April 2025, Kuala Lumpur - Koleksi The Birth of the Association of Southeast Asia Nations (ASEAN) (Archieves about the Formation ASEAN, 1967-1976) telah berjaya diiktiraf di bawah Daftar Warisan Dunia UNESCO atau UNESCO Memory of the World (MoW) International Register pada 17 April 2025 di Paris, Perancis.
Lebih membanggakan, Deklarasi ASEAN (The ASEAN Declaration) bertarikh 8 Ogos 1967 yang terdapat di Arkib Negara Malaysia telah menyumbang kepada kejayaan ini. Perkara ini diumumkan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara di Majlis Peluncuran Pameran Semangat ASEAN, Pameran Karya Agung dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Muzium Malaysia, hari ini.