Event Date | 02-12-2024 |
4 Disember 2024, Putrajaya - YBhg.Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Peluncuran Putrajaya Exhibition & Conference (DIPEC) 2024 dan Putrajaya Urban Observatory (PUO).
Majlis ini telah dirasmikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof. Dengan tema “AI and Data Driven Future City”, DIPEC 2024 menawarkan penyelesaian berkaitan pengurusan bandaraya yang berasaskan Kepintaran Buatan (AI) dan perkongsian ilmu dari pakar-pakar industri berkaitan AI dan Big Data.