Event Date | 22-09-2024 |
23 September 2024, Putrajaya - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad telah hadir ke Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) Bil. 3/2024.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato' Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara dan dihadiri oleh ahli Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan. Mesyuarat ini telah meneliti dan membincangkan beberapa kertas pertimbangan seperti inisiatif reformasi keterjaminan makanan.