Event Date | 24-11-2024 |
24 November 2024, Kuala Lumpur - YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah merasmikan Majlis Penutup Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam Tahun 2024 dan seterusnya melancarkan Pekeliling Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) dan Pekeliling Uji Kaji Peraturan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Perpaduan Negara.
Semasa majlis tersebut, beberapa Kementerian telah menerima sijil penghargaan Program RKB termasuk Kementerian Perpaduan Negara melalui projek Penambahbaikan Proses Permohonan Penyelidikan Permuziuman dari 14 hari ke 7 hari.
YBhg. Tan Sri KSN dalam ucapan beliau menyeru semua pihak untuk mengambil langkah segera dengan mengenal pasti projek RKB yang bersesuaian di peringkat Kementerian dan memastikan pelaksanaannya berjalan lancar.