| Event Date | 31-10-2025 |
31 Oktober 2025, Barcelona - Di majlis penutupan ICA Congress 2025 di Barcelona, YBhg. Dato’ Haslina Binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara mewakili Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada tuan rumah Sepanyol serta mengesahkan komitmen penuh negara untuk menjadi tuan rumah Persidangan ICA 2027 di Kuching, Sarawak.
Malaysia, melalui Arkib Negara Malaysia di bawah Kementerian Perpaduan Negara bersama Pustaka Negeri Sarawak, akan berganding bahu menjadikan ICA 2027 sebagai platform mempersembahkan kekayaan budaya dan semangat perpaduan Malaysia melalui khazanah arkib negara.
Majlis penutupan turut diserikan dengan kehadiran Menteri Kebudayaan Sepanyol, H.E. Ernest Urtasun dan Presiden ICA, Puan Josée Kirps.