Event Date | 17-08-2025 |
17 Ogos 2025, Sarawak – Majlis Penutupan Jelajah Perpaduan Kayuhan Sihat Borneo hari ini disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Fadillah Yusof, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Penganjuran program ini bukan sahaja mengangkat gaya hidup sihat melalui aktiviti berbasikal, malah menjadi wahana mengeratkan silaturahim antara masyarakat berbilang kaum di Borneo.
Inisiatif ini selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan perpaduan, kesejahteraan, serta keterlibatan rakyat dalam membina negara bangsa. Diharapkan semangat kebersamaan yang terpupuk sepanjang jelajah ini akan terus subur, menjadi asas keharmonian, dan menyemarakkan lagi perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Turut hadir YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara, YBhg.Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan dan Agensi