| Event Date | 08-11-2026 |
8 November 2026, Sabah - YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah menghadiri Majlis Penutupan Pesta Seni Sabah anjuran Persatuan Pentas Anak Seni Malaysia (PPASM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC). Majlis tersebut turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Nizam bin Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan, Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah.
Penganjuran pesta seni ini menjadi platform untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti anak seni tempatan, memelihara warisan budaya serta memperluas penglibatan masyarakat dalam industri seni dan kreatif. Seni dan budaya bukan sekadar lambang identiti, malah berperanan sebagai medium menyatukan masyarakat, merapatkan jurang perbezaan dan memperkukuh semangat perpaduan dalam membina negara bangsa.